Friday, October 29, 2010

Tauhu Kukus Bersambal






Menu hari ni jumaat.Simple je .So mai lah kita intai macam mana nak buat menu ni.

Bahan:

1 bungkus tauhu lembut( akak beli yag dalam plastik kat giant ada)
1/4 cawan udang kering*(bahan yang bertanda ni blend semua)
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah kecil*
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
1/2 in belacan*
1 batang serai*
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan sos cili
sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

Cara-caranya:

Tumis semua bahan yang diblend hingga naik bau,kemudian masukkan sos tiram dan sos cili.rasa lah kalau kurang masin baru letak sedikit garam.Bila dah masak tuang atas tauhu yang di kukus.Tabur daun ketumbar diatasnya.

Masak Lemak Cili Api Udang dengan Terung Telunjuk






Assalamualaikum .Hari ini terlebih rajin nak kongsi lauk tengahari yang menjadi favorite puteri sulung ku dengan hubby.Haha lauk orang negeri sembilan tapi orang kedah buat.Semalam pergi Mydin jumpa la pulak terung telunjuk (terung yang sebesar jari telunjuk so jadilah terung telunjuk x tau pulak apa nama sebenarnya) hari ni jadilah menu ni cubalah try.

Bahan:
20 biji cili api kampung (baru ada kick)*
1 in kunyit hidup*
1 biji santan pekat
1 batang serai
1 keping asam gelugur
garam
udang 20 ekor (ikut suka je)
6 biji terung telunjuk

Cara;
Blend cili dengan kunyit kemudian masuk semua bahan dan masak atas api yang sederhana sambil dikacau supaya x pecah minyak sehingga masak.

Sunday, October 24, 2010

Cenderahati dan Door Gift Malam Selingkar Kasih SSAS

Kak Ana buat beberapa cenderahati dan door gift sempena Malam Selingkar Kasih Murid-Murid Tingkatan 5 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) Putrajaya yang diadakan di Shangrila Hotel Kuala Lumpur pada 24hb Oktober 2010. Antara cenderahati dan door gift yang disediakan untuk majlis tersebut termasuklah :

1) Cenderahati Untuk Alumnai SSAS

Cenderahati untuk Alumnai SSAS berupa sekotak coklat pelbagi warna dan bentuk.





2) Door Gift Untuk Murid Tingkatan 5

Door gift coklat ni dimasukkan edible image logo batch Tingkatan 5 2010



3) Doof Gift Untuk Guru

Door gift untuk guru2 berupa empat biji coklat pelbagai warna dan bentuk.



4) Cenderahati Yang Dipertua PIBG


Cenderahati untuk Yang Dipertua PIBG berupa sekotak coklat pelbagai warna dan bentuk.



Monday, October 18, 2010

Pie Tee


Pie tee ni Kak Ana buat sebagai salah-satu juadah dalam majlis tahlil dan doa selamat sempena anak Kak Anak yang sulung tu dah tamat pengajiannya di UMP.

Birthday Cup Cake

Kawan anak Kak Ana nak buat surprise pada boyfriendnya sempena harijadinya yang ke 23 tahun. Dia suruh Kak Ana buatkan cup cake untuk celebrate dengan kawan2nya yang lain.

Tuesday, October 12, 2010

Kek Hantaran Pertunangan Elliya


Kawan Kak Ana kat Puchong Indah minta buatkan kek hantaran sempena pertunangan anaknya Si Elliya. Dia suruh buatkan kek bentuk hati yang dihiasi bunga2 pink.

Monday, October 11, 2010

Cup Cake Konvo UMP



Cup cake ni sempena Majlis Konvokesyen anak Kak Ana yang menuntut kat UMP pada 9 Oktober 2010. Dia nak celebrate dengan kawan2 rapat sambil menjamu cup cake.

Wednesday, October 6, 2010

Cenderahati Untuk Graduan UMP


Anak Kak Ana yang baru tamat menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) suruh buatkan cenderahati untuk kawan2 sekelas dan yang rapat dengannya sempena Majlis Konvekesyen UMP. Cenderahati ni katanya nak dihadiahkan kepada mereka selepas majlis penerimaan ijazah masing2 pada 9 Oktober 2010 di kampus UMP di Gambang, Pahang.