Coklat hantaran ni Kak Ana buat untuk majlis pertunangan Muhaimin yang akan diadakan sempena menyambut tahun baru 2011 di Pulau Pinang.
Wedding Cake, Birthday Cake, Door Gift, Cup Cake, Novelty Cake, Pastry, Chocolate, Baking Class, Baking Tools, Gifts and Hampers
Friday, December 31, 2010
Coklat Hantaran Muhaimin
Coklat hantaran ni Kak Ana buat untuk majlis pertunangan Muhaimin yang akan diadakan sempena menyambut tahun baru 2011 di Pulau Pinang.
Kek Fondant Kebaya
Thursday, December 23, 2010
Nasi Hujan Panas
Salam semua, ,jemput makan hari ni Kak Ana buat nasi hujan panas tapi letak rempah bukhari (sedap lain sikit haha puji sendiri ).Anak Kak Ana nak makan kurma daging dengan ayam goreng so buatlah. Kak Ana pulak suka makan dengan jelatah tapi stock cuma tinggal timun, tomato dan cili merah. Kak Ana blend jer tomato dengan cili letak limau nipis, garam dan gula.pastu makan dengan timun lah ganti jelatah hehe. Hubby Kak Ana makan bertambah kali ni.
Monday, December 20, 2010
Chicken Soup Pasta
Hari Jumaat tengahari Kak Ana punyalah malas tapi lapar so buatkan pasta soup untuk family. Ok kalau nak buat boleh ikut resepi kat bawah. Selamat mencuba.
1 bungkus pasta fettuccini (itu jer yg ada dalam stok kalau nak pasta jenis lain pun boleh)
1 mangkuk ayam yang dipotong kecil
1 batang celery dipotong
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih di hiris halus
1 biji buah tomato potong dadu
1 tin mushroom button dihiris
3 sdb cili blend (kalau nak pedas lagi tambah lah cili)
1/2 tin tomato puree
1 sdb serbuk lada hitam
3 helai daun bay
1sdt serbuk oregano
garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 biji capsicum hijau untuk hiasan diatas
daun parsley untuk hiasan (x der so Kak Ana x letak)
Caranya:
Tumis bawang besar dan bawang putih kemudian masukkan cili. Kacau sampai hilang bau cili pastu masukkan ayam.kacau dan letak sedikit air hingga masak. Masukkan buah tomato, tomato puree. Bila sebati tambah air mcm buat sup. Biarkan mendidih masukkan lada hitam daun bay, mushroom dan oregano garam dan perasa. Biarlah mendidih dan rasa garam tutuplah api. Masukkan pasta dalam pinggan dan letak supnya dan tabur capsicum dan daun pasley.
Sunday, December 19, 2010
LoliChoc Untuk Arabian Nite
LolliChoc ni Kak Ana buat sebagai door gift untuk Majlis Arabian Nite anjuran WI Parlimen Puchong yang diadakan di IOI Resort.Harga rose coklat rm 1.00 siap dipack .Tapi untuk lollichoc love dan xoxo rm 2.00 siap pack
Monday, December 13, 2010
Frozen Foods
Coklat Hantaran
Bekas berbentuk hati yang dibuat sepenuhnya dari coklat ni Kak Ana saje2 buat mungkin sesuai untuk dijadikan salah-satu bahan hantaran majlis pertunangan atau perkahwinan.Harga bagi set box love ni rm15 siap kotak
Saturday, December 11, 2010
Thursday, December 9, 2010
Cup Cake Untuk JPP Zon KLIA
JPP Zon KLIA di bawah Majlis Perbandaran Sepang order cup cake untuk Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang akan diadakan pada 10 Disember ni. Depa kata nak buat cenderahati kepada para jemputan.
Monday, December 6, 2010
Delegasi Sulawesi Memborong Coklat Di MAHA 2010
Booth Delegasi Sulawesi Indonesia terletak tak jauh dari Booth Kak Ana semasa MAHA 2010. Pameran barangan dan kebudayaan mereka ni cuma dua hari aje iaitu 26 dan 27 November. Lepas aje PM rasmi dan melawat, bersiap-siaplah mereka nak balik ke Indonesia. Sebelum balik tu sempatlah singgah kat booth Kak Ana, memborong coklat. Coklat edible image Upin dan Ipin paling laris. Maklumlah, watak kartun kita ni tengah top kat Indonesia. 'Sebagai cenderhati dan buah tangan buat anak2 di Sulawesi' kata mereka.
Saat Manis Di MAHA 2010
Wednesday, December 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)