Majlis perkahwinan anak buah Kak Ana, Si Ella yang tinggal di Perlis dengan Asraf orang KL dah selamat dilangsungkan baru-baru ni. Sebagai mak saudara Kak Ana ditugas menyediakan barang-barang hantaran sebelah pengantin perempuan (Ella le tu). Antara barang hantaran termasuklah kek.
Wedding Cake, Birthday Cake, Door Gift, Cup Cake, Novelty Cake, Pastry, Chocolate, Baking Class, Baking Tools, Gifts and Hampers
Sunday, February 28, 2010
Kek Hantaran Ella dan Asraf
Majlis perkahwinan anak buah Kak Ana, Si Ella yang tinggal di Perlis dengan Asraf orang KL dah selamat dilangsungkan baru-baru ni. Sebagai mak saudara Kak Ana ditugas menyediakan barang-barang hantaran sebelah pengantin perempuan (Ella le tu). Antara barang hantaran termasuklah kek.
Friday, February 26, 2010
Basketweave
Thursday, February 25, 2010
Roses Chocolate
Roses chocolate ni favourite dan antara koleksi terbaru Kak Ana. Sebab, memang sedap dan cantik.Nak letak white choc untuk decor tu optional. Tak payah tunggu ada majlis, buat saje-saje untuk juadah minum petang ke makan malam ke , pun boleh. Kawan-kawan Kak Ana ramai yang dah mula minat dengan kek ni.
Birthday cake Omar
Si Azmee, kontraktor yang buat ubahsuai rumah Kak Ana minta tolong buatkan kek harijadi anak dia. Dia bagi tau last minit, malam telefon besok pagi nak. Nasib baiklah barang nak buat kek tu ada. Kawan punya pasal buatkan lah juga. Anaknya Si Omar suka kek chocolate, kalau boleh ada gambar spiderman. Maklumlah budak lelaki dah empat tahun umurnya. Rushing punya pasal, Kak Ana terletak logo superman atas kek tu. Nak buat macam mana sebelum subuh dah bangun nak siapkan kek. Termamailah sikit.Sori Mi
Kek Birthday Kak Mai
Birthday Kak Mai selaku Pengerusi WI Daerah Puchong jatuh sehari sebelum mesyuarat agung cawangan Wi Nur Assalam Puchong Perdana.So yg merasmikan tu Kak Mai.Datanglah idea dari Nina yg baju pink tu so dia pun suruh Kak Ana buatkan kek. Nak buat surprise. Kak Ana pun buatlah kek chocolate yang memang jadi favourite ahli persatuan. Seronok nampaknya Kak Mai dapat potong kek birthday,ah terharunya.
Beramal Dengan Chocolate
Kak Ana ni suka berpesatuan. Maklumlah anak-anak dah besar dan banyak masa lapang. Pada mesyuarat agung Persatuan Wanita baru-baru ni, Kak Ana dapatlah idea nak tambah tabung persatuan dengan menjual chocolate. Sebahagian dari jualan Kak Ana sumbangkan pada persatuan. Ahli-ahli persatuan Kak Ana ni semua golongan ibu. Sambutan jualan amat menggalakkan, habis... Depa beli untuk anak-cucu kat rumah.
Saturday, February 20, 2010
Novelty Cake
Novelty kek ni Kak Ana pun tahu cara buatnya. Ia bertemakan karekter-kerekter novel kegemaran kanak-kanak dan remaja perempuan khususnya. Watak-watak seperti snow white, barbie doll dan lain-lain amat popular bagi kek jenis ini. Majlis-majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan amat sesuai dihiasi dengan novelty cake.
Friday, February 19, 2010
Puding Jelly cake
Ada jugak yang minta Kak Ana buatkan kek jelly untuk hantaran kahwin. Yang ni Kak Ana buat untuk kawan tinggal kat Puchong. Anak buahnya kahwin orang Seremban. Dia order kek bentuk hati warna pink , warna kegemaran pasangan pengantin katanya. Kak Ana bubuh buah strawberry yang dikelilingi buah kiwi biar nampak garang bila dipadankan dengan warna pink. Ala, ala hati yang sedang membara cintanya.
Kek Kahwin Bertingkat
Kek kahwin bertingkat ni Kak Ana buat untuk sepupu tinggal kat Melaka. Maklumlah kahwin kan anak pertama, buatlah grand sikit. Dia pesan buat kek bertingkat simple-simple aje, jangan terlalu besar ikut budgetlah. Adik beradiklah kata kan simple-simple pun kenalah buat agar nampak menarik dan kelas. Lagi pun nak promotelah jugak. Anak-anak buah kan ramai yang belum kahwin. Mana tau ada yang berminat. Lain kali bolehlah order kat Kak Ana.
Kek Kahwin Tok Penghulu
Kak Ana ni memang rapat dengan Tok Penghulu Shah. Dia mintak Kak Ana hadiahkan kek kalau dia kahwin. Maklumlah dah jadi Tok Penghulu lama, tapi jodohnya slow sikit. Akhirnya, tahun lepas diizinkan Allah swt kahwinlah dia kat Kajang. Seperti dijanjikan, Kak Ana pun buatlah kek untuk dia. Bukan main senyum lebar Tok Shah bila nampak Kak Ana bawa kek kahwin untuk dia.
Kek Hantaran anak Kak Ton
Thursday, February 18, 2010
Kek Pertunangan
Cookies
Cookies dalam macam-macam bentuk karekter kartun memang budak-budak suka. Tak payah tunggu harijadi, hari biasa pun mereka nak. Jadi Kak Ana buatlah setiap hari dan promote le kat anak-anak jiran. Kadang-kadang ada juga ibu bapa yang pesan suruh buat lebih. Saje nak sedekah kat kawan-kawan sekolah anak mereka.
Bakul Pastry
Bakul pastry ini Kak Ana buat untuk jadikan salah-satu hantaran majlis pertunangan anah buah namanya Amy duduk di Cheras. Macam-macam boleh diisi dalam bakul pastry ni seperti : chocolate; cookies; tart; murphin; gula-gula dan sebagainya. Bakul pastry ni memang popular sebab senang nak di bawa dan unik. Yang lawak tu, ada yang dok sangka bakul betul. padahal semuanya boleh dimakan. Bakul ni hot demand. Nampak different la sikit.
Wednesday, February 17, 2010
Cup Cake
Cup cake pun Kak Ana buat jugak. Macam-macam design boleh dibentuk atas cup cake ni termasuklah karekter superhero, bunga, , imej edible dan sebagainya.Decornya fondant or buttercream so itu ikut orderlah .Kek pulak chocolate moist,vanilla buttercake carrot cake, atau apa2 je atas permintaan.Orang kita sekarang ni dah mula guna cup cake sebagai barangan hantaran, 'door gift', dan cenderahati dalam macam-macam majlis keraian. Ia boleh menambah seri lagi majlis.Kek ni hot stuff tapi Kak Ana selalu lupa snap photo tak apa nanti Kak Ana update lagi lepas ni hehe.
Ipar Kak Ana kat Melaka yang nak kahwinkan anaknya bulan Mac ni dah order cup cake ni untuk barang hantaran. Dia suruh buat bentuk bunga warna purple nak ikut tema majlis dia.
Tuesday, February 16, 2010
Barbie Doll cake
Tak dinafikan Barbie Doll merupakan karekter kartun yang menjadi kegilaan di kalangan wanita, remaja dan kanak-kanak. Ia menjadi satu produk industri yang amat popular di peringkat global yang sentiasa berkembang dan menguntungkan kepada pelaburnya samada dalam bentuk filem, buku, majalah, patung mainan, mainan video dan sebagainya.
Atas dasar itulah Kak Ana pun cuba-cuba lah nak promote Barbie Doll ni dalam bentuk kek pulak. Kek ni boleh dibuat dalam bentuk 3 Dimensi (seperti di dalam foto di atas) atau imej edible sahaja. Tapi rasa Kak Ana, kek Barbie Doll 3 dimensi lebih popular dan menarik. Nampak lebih menonjol dan berseri. Ia sesuai untuk majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan. Inilah antara kek kesukaan Kak Ana.
Masa hari pertunangan anak buah Kak Ana kat Ampang, kek ini jadi penyeri barang hantaran. Nampak lebih ceria dan feminim.
Contact lah Kak Ana kalau yang merminat atau nak tau lebih lanjut okey (Tel : 012-3185493 atau e mail kakanakitchen@gmail.com)
Monday, February 15, 2010
'Door Gift' Chocolate
Kak Ana dok tengok orang kita ni dalam majlis perkahwinan biasanya bagi telur, gula-gula, kek dan sebagainya pada tetamu jemputan sebagai buah tangan atau 'door gift'.
Apa kata kita ubah sikit benda yang nak diberi ? Contoh buah tangan pilihan paling baik ialah chocolate !
Ia bukan saje mudah dibuat tapi yang paling penting chocolate sememangnya berkhasiat dan menjadi kesukaan pelbagai lapisan umur. Dari budak kecik sampailah ke orang tua, kalau dijamu chocolate memang tak tolak.
Yang canggih pulak, imej-imej edible seperti gambar pengantin, karekter kartun, super heroes dan sebagainya boleh dijadikan chocolate untuk diberi kepada para tetamu yang datang. 'Door gift' chocolate yang dipekkan dalam kotak memang nampak cantik. Baru lah stail, ada kelas gitu!
Kawan-kawan anak Kak Ana yang belajar di UIA PJ cukup suka chocolate ni. Depa dah jadi macam pelanggan tetap. Bila anak Kak Ana balik je adalah yang memesan. Ada yang belikan untuk adik-adiklah dan yang nak makan saje sambil-sambil study pun ada.
Jiran-jiran Kak Ana pulak suka order untuk hari jadi anak mereka. Chocolate le kata kan, budak-budak memang suka.
Abang Kak Ana pulak dah order 'door gift' chocolate untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis buat kat Dewan Felda katakan, kenalah kelas sikit.
Kalau berminat contact aje Kak Ana okey (Tel : 012-3185493) atau e mail ke kakanakitchen@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)