Friday, May 27, 2011

Red Velvet Cake Untuk Su


Red Valvet Cake ni memang dah jadi hot stuff pulak. Kali ni Su, kawan Kak Ana order untuk family. Kata Su nak bagi peluang suami dan anak2 rasa kelazatan kek ni.

Cup Cake Hari Guru



2 set plain chocolate cup cake ni Puan Salwah dari Puchong Prima order sebagai cenderahati sempena majlis menyambut Hari Guru sekolah anak dia.

Tuesday, May 24, 2011

Red Velvet Cake Untuk Hari Ibu


Red Velvet Cake ni Kak Ana buat sempena Majlis Hari Ibu WI Nur As Salam Puchong Perdana yang diadakan di De Palma Hotel Shah Alam.

Tuesday, May 17, 2011

Pavlova



Pavlova ni Kak Ana buat untuk anak2 yang tiba2 nak dessert special untuk dinner hari ni. Kak Ana nak share resepi untuk kawan2.

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1sdt esen vanilla
1sdt cuka apple
1sdt lemon juice
1sdb tepung jagung

Panaskan oven 150c.
Putar putih telur sehingga kembang .jangan over yer. Pastu masukkan gula castor sikit2 sampai habis.nak tahu adunan dah ok tu test dengan jari kalau adunan tu licin dah ok la tu. Kemudian masukkan vanilla, cuka, lemon dan tepung jagung kaup hingga serata semua bahan.Letak parchment paper buat bulatan 20cm. Tuanglah adunan tadi diatasnya ratakan adunan dan bakarlah lebih kurang 1 jam 10 min. Bila sudah masak tutup api oven dan renggangkan pintu oven dan biarlah sehingga betul2 sejuk .

Untuk topping
250ml whipping cream
2sdb icing sugar
Putar cream dan masukkan gula sikit2 .
Letak lah diatas meringue dan hias dengan strawberry, blueberry atau kalau ada passion fruit terbaekk. Selamat mencuba

Decorative Cookies Untuk Aish



Azlin minta Kak Ana buatkan decorative cookies sempena harijadi anak keduanya, Aish. Cookies ini sebagai cenderhati kepada kawan2 Aish yang datang nanti.

Thursday, May 12, 2011

Pavlova



Pavlova ni Kak Ana buat untuk anak2 yang tiba2 nak dessert special untuk dinner hari ni. Kak Ana nak share resepi untuk kawan2.

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1sdt esen vanilla
1sdt cuka apple
1sdt lemon juice
1sdb tepung jagung

Panaskan oven 150c.
Putar putih telur sehingga kembang .jangan over yer. Pastu masukkan gula castor sikit2 sampai habis.nak tahu adunan dah ok tu test dengan jari kalau adunan tu licin dah ok la tu. Kemudian masukkan vanilla, cuka, lemon dan tepung jagung kaup hingga serata semua bahan.Letak parchment paper buat bulatan 20cm. Tuanglah adunan tadi diatasnya ratakan adunan dan bakarlah lebih kurang 1 jam 10 min. Bila sudah masak tutup api oven dan renggangkan pintu oven dan biarlah sehingga betul2 sejuk .

Untuk topping
250ml whipping cream
2sdb icing sugar
Putar cream dan masukkan gula sikit2 .
Letak lah diatas meringue dan hias dengan strawberry, blueberry atau kalau ada passion fruit terbaekk.

Selamat mencuba

Monday, May 2, 2011

Kek Hantaran Pertunangan Aainaa



Mini cake ni Kak Ana buatkan sebagai salah satu hantaran sempena majlis pertunangan Aainaa.