Tuesday, May 25, 2010

Seafood Udon Black Pepper




Kadang-kadang bila rasa jemu makan nasi, Kak Ana buat juga makanan malam yang agak ringan sedikit. Anak-anak Kak Ana pun suka makanan ala Jepun ni. Kalau nak makan mesti masa tengah panas-panas. Barulah kaw kata orang. So ni resepi kalau nak .Selamat mencuba.

Seafood Udon Black Pepper

1 bungkus mee udon [Jenama Megah kat Giant ada]*
10 ekor udang
1 bungkus fishball
1 mangkuk kobis cina
1 pokok daun bawang
2 sdb serbuk lada hitam
3 sdb sos tiram
1 cawan chicken stok
1 sdb kicap pekat
3 ulas bawang puih hiris
3 ulaas bawang merah hiris
garam halus secukup rasa

caranya:
1.tumis bawang hingga kemudian masukkan udang kacau
2.masukkan sos tiram,chicken stok,kicap pekat serta serbuk lada hitam kacau sebati.
3.masukan fishball,kobis china dan garam.
4.akhir sekali masukkan udon sambil kacau rasa dan angkat taburkan daun bawang.

*Didihkan air panas masukkan mee udon dan tutup api biarkan hingga air suam kemudian toskan.