Monday, March 29, 2010

'Many-Many' dan 'Same-Same Ori'













Ini satu lagi cerita Kak Ana nak sharelah sikit pengalaman memborong peralatan kek dan coklat di Guangzhaou. Membeli-belah dan memborong barang di sana kadang-kadang melucukan. Pekedai-pekedai China ni majoriti tak tau berbahasa Inggeris. Hanya dua perkataan saje yang mereka sering sebut iaitu : 'many-many' dan 'same-same ori'. Kalau nak beli satu mereka tak layan. Lalu mereka sebutlah 'many-many' maknanya sebagai pemborong Kak Ana kena beli paling minimum lima unit. Kalau kita tanya pulak kualiti atau ketulenan sesuatu produk tu, maka jawapan popular mereka ialah 'same-same ori' atau dengan kata lain hampir sama dengan produk yang original lah. 

Selain daripada tu, mesin calculator alat paling penting dan berkesan untuk tawar menawar. Contohnya, bila kita tanya harga mereka pun tekanlah calculator 100 yuen. Kak Ana pun tawar dan tekan 50 yuen. Dia geleng kepala dan tekan 90 yuen. Tekan balas tekan, Kak Ana pun tunjukkan isyarat nak belah. Selalunya, strategi ni berjaya untuk mendapatkan harga yang Kak Ana minta.

No comments: