Monday, December 20, 2010

Chicken Soup Pasta

Hari Jumaat tengahari Kak Ana punyalah malas tapi lapar so buatkan pasta soup untuk family. Ok kalau nak buat boleh ikut resepi kat bawah. Selamat mencuba.

1 bungkus pasta fettuccini (itu jer yg ada dalam stok kalau nak pasta jenis lain pun boleh)
1 mangkuk ayam yang dipotong kecil
1 batang celery dipotong
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih di hiris halus
1 biji buah tomato potong dadu
1 tin mushroom button dihiris
3 sdb cili blend (kalau nak pedas lagi tambah lah cili)
1/2 tin tomato puree
1 sdb serbuk lada hitam
3 helai daun bay
1sdt serbuk oregano
garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 biji capsicum hijau untuk hiasan diatas
daun parsley untuk hiasan (x der so Kak Ana x letak)

Caranya:

Tumis bawang besar dan bawang putih kemudian masukkan cili. Kacau sampai hilang bau cili pastu masukkan ayam.kacau dan letak sedikit air hingga masak. Masukkan buah tomato, tomato puree. Bila sebati tambah air mcm buat sup. Biarkan mendidih masukkan lada hitam daun bay, mushroom dan oregano garam dan perasa. Biarlah mendidih dan rasa garam tutuplah api. Masukkan pasta dalam pinggan dan letak supnya dan tabur capsicum dan daun pasley.

No comments: