Monday, December 6, 2010

Delegasi Sulawesi Memborong Coklat Di MAHA 2010



Booth Delegasi Sulawesi Indonesia terletak tak jauh dari Booth Kak Ana semasa MAHA 2010. Pameran barangan dan kebudayaan mereka ni cuma dua hari aje iaitu 26 dan 27 November. Lepas aje PM rasmi dan melawat, bersiap-siaplah mereka nak balik ke Indonesia. Sebelum balik tu sempatlah singgah kat booth Kak Ana, memborong coklat. Coklat edible image Upin dan Ipin paling laris. Maklumlah, watak kartun kita ni tengah top kat Indonesia. 'Sebagai cenderhati dan buah tangan buat anak2 di Sulawesi' kata mereka.

No comments: