Tuesday, February 28, 2012

Mini Pavlova

Monday, February 27, 2012

Slice Cakes Untuk Majlis Pelancaran Dana Surau

Sunday, February 26, 2012

Cenderhati Majlis Pelancaran Dana Surau


Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Kutipan Dana untuk bina surau taman Kak Ana berjalan lancar dengan jayanya malam tadi. Kak Ana ditugaskan untuk menyediakan cenderahati untuk penceramah2 Mini Forum. Lebih RM16,000 berjaya dikutip. Terima kasih semua.

Friday, February 24, 2012

Home made Quiche


Home made Quiche yg halal lagi suci. Pelbagai filling ditawarkan seperti : seafood bonaza, chicken, beef, dan salmon. Yang berminat boleh menyertai kelas DIY. Call atau e mail Kak Ana kalau berminat. Nak order untuk makan pun boleh.

Thursday, February 23, 2012

Aneka Bunga2 Cinta Buttercream Untuk Kek

Jom !! sape2 nak belajar buat Bunga2 Cinta (istilah yg diguna geng2 Kak Ana lah) dari buttercream  untuk hiasan kek. Just call atau email Kak Ana.

Wednesday, February 22, 2012

Home Made Sushi


Salam semua rakan2 blogger, my dear followers, dan juga silent readers, Kak Ana membuka kelas personal homemade sushi so jangan lepaskan peluang anda untuk mempelajari  beraneka jenis sushi seperti Nigiri, Gun Kan, Makis,Temaki/California rolls, sushi roll dan ada resepi bonus adunan tepung tempura. Kalau yang memang  suka makan sushi ni belajar lebih baik hari2 dapat makan sushi. Untuk kelas DIY RM300. Pilih hari sendiri mengikut kelapangan anda. Kalau kelas hands-on minimum 4 org RM250. Kalau ada group sendiri lagi bagus. Call aje anytime untuk booking kelas

Tuesday, February 14, 2012

Saturday, February 11, 2012

Barang2 Dari Guangzhao Dihantar Depan Rumah


Tengah2 relaks ni Kak Ana nak sharelah sikit pengalaman memborong barangan China di Guangzhao. Ikut pakej pemborong LV Travels & Tours. Mungkin kawan2 yang berminat ke sana boleh dapatlah gambaran sikit melalui post ni.

Packagekan semua barang2 yang dibeli dalam kotak dan tulis alamat kita semua. Ni semua kena buat sendiri semasa di hotel penginapan. Kotak2 tu travel agent boleh carikan. Kena sediakan marker dan masking tape dari Malaysia. Banyak kotak banyaklah tape diperlukan. Jenuh juga kalau pergi seorang. Elok pergi berdua. Mudah sikit kerja membungkus nanti. Lepas tu urusan mengangkut ke bas boleh minta tolong staff hotel. Sediakanlah tips sikit. Kesian tengok depa dok angkut kotak2 kita dari bilik ke bas. Setiap seorang perserta kadang2 lebih 20 kotak.

Bas akan bawa kita dan barang2 ke gudang kargo yang akan menghantarnya ke Malaysia melalui kapal. Suasananya macam dalam gambar2 di atas. Staff2 gudang tu akan masukkan barang2 kita dalam gudang merekalah. Kita tengok dan check je keadaan barang2 tu. Pastikan semuanya baik dan cukup. Lepas tu kita pun dihantar ke airport untuk balik ke Malaysia.

Lebikurang 2 minggu, wakil syarikat kargo di Malaysia akan call kita memaklumkan barang2 dah sampai di Pelabuhan Klang. Kita cuma tetapkan tarikh untuk mereka menghantar ke rumah. Jumlah bayaran akan dimaklumkan. Bayaran hanya perlu dibuat setelah kita puashati semua barangan yang tiba di depan rumah kita dalam keadaan baik dan cukup.

Nampaknya tulah secara ringkas yang dapat Kak Ana ceritakan. Ni kira pengalaman membungkus dan menghantar sahaja. Kisah2 pengalaman membeli dan menawar dengan pemborong China tu kita cerita kemudianlah ye.

Majlis Gathering Bakers 1Malaysia