Friday, October 29, 2010

Tauhu Kukus Bersambal






Menu hari ni jumaat.Simple je .So mai lah kita intai macam mana nak buat menu ni.

Bahan:

1 bungkus tauhu lembut( akak beli yag dalam plastik kat giant ada)
1/4 cawan udang kering*(bahan yang bertanda ni blend semua)
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah kecil*
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
1/2 in belacan*
1 batang serai*
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan sos cili
sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

Cara-caranya:

Tumis semua bahan yang diblend hingga naik bau,kemudian masukkan sos tiram dan sos cili.rasa lah kalau kurang masin baru letak sedikit garam.Bila dah masak tuang atas tauhu yang di kukus.Tabur daun ketumbar diatasnya.

No comments: