Anak lelaki Kak Ana duk kat asrama tu suruh buatkan spaghetti. Sekolah dia anjur Hari Usahawan Muda. Murid-murid diberi kiosk kena berniaga sehari. Ibu bapa pun dijemput sama. Kak Ana buatkanlah seperiuk besar spaghetti untuk dijual. Seronoknya dia dan kawan-kawan. Pukul tiga dah habis. Balik dorm awal, dapatlah rehat dan pakat tidur. Letih katanya.Resepinya disini cubalah insyaallah menjadi.
Spaghetti Bolognese.
1 bungkus spaghetti
450 gm mince meat [beef]
1 tin tomato puree
1 tin button mushroom[hiris]
5 sausage[hiris]optional
1 biji bawang besar bombay[di dadu]
3 ulas bawang putih di cincang untuk tumis
3 sdbesar cili kisar [kak ana melayukan masakan org itali ni]
garam
daun bay
oregano
1/2 cawan air
1 biji capcicum [hias atas spaghetti bila nak makan]optional
serbuk cheese[tabur atas spaghetti]optional
caranya:
1.Spaghetti direbus hingga lembut toskan
2.Tumis bawang putih kemudian masukkan bawang besar.
3.Masukkan cili kisar kacau.
4.Lepas tu masukkan mince meat dan daun bay serta 1/2 cawan air kacau sampai daging masak.
5.Kemudian masukkan tomato puree.Di kacau dan masukkan sausage dan mushroom.kacau lah hingga sebati semuanya.
6.Apabila sebati masukkan garam perasa Dan apabila masak masukkan oregano
No comments:
Post a Comment