Saturday, December 11, 2010

Kuih Muih Untuk Zulibah Katering


Zulibah Katering order kat Kak Ana kuih2 tradisional seperti karipap pusing, keria dan cucur badak untuk khidmat kateringnya di Kelana Jaya. Semua kuih muih ni dah ada sebab Kak Ana buat sebagai frozen foods. Kata taukeh syarikat katering ni tak sempat nak buat sendiri. Order aje lah kat Kak Ana.

Thursday, December 9, 2010

Coklat Untuk JPP Zon KLIA


Coklat edible image logo JPP Zon KLIA ni Kak Ana buat untuk Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor. Depa kata nak buat benda baru sebagai cenderahati kepada para tetamu program.Harga bagi oreo edible image ni rm2.50

Cup Cake Untuk JPP Zon KLIA


JPP Zon KLIA di bawah Majlis Perbandaran Sepang order cup cake untuk Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang akan diadakan pada 10 Disember ni. Depa kata nak buat cenderahati kepada para jemputan.

Monday, December 6, 2010

Delegasi Sulawesi Memborong Coklat Di MAHA 2010



Booth Delegasi Sulawesi Indonesia terletak tak jauh dari Booth Kak Ana semasa MAHA 2010. Pameran barangan dan kebudayaan mereka ni cuma dua hari aje iaitu 26 dan 27 November. Lepas aje PM rasmi dan melawat, bersiap-siaplah mereka nak balik ke Indonesia. Sebelum balik tu sempatlah singgah kat booth Kak Ana, memborong coklat. Coklat edible image Upin dan Ipin paling laris. Maklumlah, watak kartun kita ni tengah top kat Indonesia. 'Sebagai cenderhati dan buah tangan buat anak2 di Sulawesi' kata mereka.

Saat Manis Di MAHA 2010



Saat paling manis semasa berniaga di MAHA 2010, bila Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sudi singgah kat booth Kak Ana. Sempat Tun rasa satay kebab. 'Sedap' kata mereka berdua. Kak Ana pun hadiahkan coklat edible image kat Tun Siti Hasmah, 'Buat cucu' kata mereka.

Wednesday, December 1, 2010

Satay Kebab & Coklat Laris di MAHA 2010


Kak Ana cukup seronok berniaga di MAHA 2010. Satay kebab dan coklat oreo edible image antara yang mendapat sambutan hangat pengunjung. Bahkan rakan2 peniaga dan kakitangan urusetia MAHA antara yang dah jadi pelanggan tetap sejak Kak Ana berniaga di sini.

Sunday, November 28, 2010

Satay Kebab


Untuk MAHA International Show 2010 ni Kak Ana tambah satu jenis frozen food yang agak istimewa dan lazat rasanya selain daripada kuih2 tradisional iaitu satay kebab. Ada dua jenis perasa satay kebab yang dijual sekarang iaitu black pepper ,original dan hot and spicy.

Friday, November 26, 2010

Jom Ke MAHA International Show 2010




Di sini Kak Ana nak jemput semua pengunjung blog ni ke booth C178 Hall C International, MAHA International Show 2010 di Serdang dari 26 November hingga 5 Disember 2010. Kak Ana ada jual pelbagai jenis kuih frozen foods, coklat, tart dan peralatan membuat coklat.

Tuesday, November 23, 2010

Bunting MAHA International Show 2010


Bunting bisnes Kak Ana untuk MAHA International Show 2010 lebihkurang beginilah bentuknya. Harap rakan2 dan pelawat blog Kak Ana dapat singgah ke kiosk Kak Ana nanti di Dewan C kalau berkunjung ke tapak pameran MAHA di Serdang yang akan bermula dari 26 November hingga 5 Disember 2010.

Saturday, November 13, 2010

Sticker Frozen Foods


Sticker frozen foods Kak Ana dah siap. Macam ni lah lebihkurang bentuknya.

Saturday, November 6, 2010

Persiapan MAHA International Show 2010





Pada masa ni, Kak Ana tengah sibuk membuat persiapan untuk berniaga di MAHA International Show 2010 yang akan diadakan di Serdang pada 26hb November - 5 Disember 2010. Kak Ana cadang nak jual frozen foods seperti donut, karipap, karipap pusing, samosa, kuih kasturi dan cucur badak. Lain2 makanan termasuklah coklat, tart dan peralatan membuat kek dan coklat.

Tuesday, November 2, 2010

Laksa Kedah




Hari ni, anak bongsu Kak Na balik dari asrama utk cuti sekolah. So,Kak Na buatlah menu special sikit iaitu Laksa Kedah utk makan tgh hari.

Monday, November 1, 2010

Puding Marble



Puding Marble ni Kak Ana buat sebagai buah tangan pada kenduri tahlil dan doa selamat sempena pemergian abang dan kakak ipar ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji.Puding ni memang sedap thanks Che Mat,(CMG) memang tak rugi mencuba .Disini akak minta izin nak share resepi dengan viewers semua.

Bahan-bahan:

4 keping roti*
2 biji telur*
1/2 cawansusu pekat*
170 ml susu cair*(akak guna fresh milk)
3 1/2 cawan air
8 gm agar2 serbuk
1/2 cawan gula
2 sdb butter
2 sdb serbuk koko

Cara nya:

Didihkan 3 cawan air dengan agar2,bila agar2 hancur masukkan gula biar ia hancur.
Blend semua bahan bertanda * dan tuang dalam agar2 tadi .sambil dikacau masukkan butter bila mendidih tutup api.
Bahagi agar2 kepada 2.
1 bahagian dicampur dengan koko kacau biar rata.
Ambil 1 cawan bahagian biasa tuang dalam acuan berselangseli dengan bahagian koko.sehingga habis.sejukkan dalam icebox.