Showing posts with label chocolate. Show all posts
Showing posts with label chocolate. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Chocolate Panning


Sunday, December 6, 2015

Home made Chocolates


Friday, November 20, 2015

Ni Coklat Tau !!!


Aneka Coklat


Sunday, June 12, 2011

Coklat Hantaran Pertunangan Fauziana



Coklat merupakan salah satu barang hantaran majlis pertunangan  yang Fauziana order dari Kak Ana
.

Friday, December 31, 2010

Coklat Hantaran Muhaimin



Coklat hantaran ni Kak Ana buat untuk majlis pertunangan Muhaimin yang akan diadakan sempena menyambut tahun baru 2011 di Pulau Pinang.

Sunday, December 19, 2010

LoliChoc Untuk Arabian Nite



LolliChoc ni Kak Ana buat sebagai door gift untuk Majlis Arabian Nite anjuran WI Parlimen Puchong yang diadakan di IOI Resort.Harga rose coklat rm 1.00 siap dipack .Tapi untuk lollichoc love dan xoxo rm 2.00 siap pack

Monday, December 13, 2010

Coklat Hantaran



Bekas berbentuk hati yang dibuat sepenuhnya dari coklat ni Kak Ana saje2 buat mungkin sesuai untuk dijadikan salah-satu bahan hantaran majlis pertunangan atau perkahwinan.Harga bagi set box love ni rm15 siap kotak

Thursday, December 9, 2010

Coklat Untuk JPP Zon KLIA


Coklat edible image logo JPP Zon KLIA ni Kak Ana buat untuk Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor. Depa kata nak buat benda baru sebagai cenderahati kepada para tetamu program.Harga bagi oreo edible image ni rm2.50

Monday, December 6, 2010

Delegasi Sulawesi Memborong Coklat Di MAHA 2010



Booth Delegasi Sulawesi Indonesia terletak tak jauh dari Booth Kak Ana semasa MAHA 2010. Pameran barangan dan kebudayaan mereka ni cuma dua hari aje iaitu 26 dan 27 November. Lepas aje PM rasmi dan melawat, bersiap-siaplah mereka nak balik ke Indonesia. Sebelum balik tu sempatlah singgah kat booth Kak Ana, memborong coklat. Coklat edible image Upin dan Ipin paling laris. Maklumlah, watak kartun kita ni tengah top kat Indonesia. 'Sebagai cenderhati dan buah tangan buat anak2 di Sulawesi' kata mereka.

Sunday, October 24, 2010

Cenderahati dan Door Gift Malam Selingkar Kasih SSAS

Kak Ana buat beberapa cenderahati dan door gift sempena Malam Selingkar Kasih Murid-Murid Tingkatan 5 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) Putrajaya yang diadakan di Shangrila Hotel Kuala Lumpur pada 24hb Oktober 2010. Antara cenderahati dan door gift yang disediakan untuk majlis tersebut termasuklah :

1) Cenderahati Untuk Alumnai SSAS

Cenderahati untuk Alumnai SSAS berupa sekotak coklat pelbagi warna dan bentuk.





2) Door Gift Untuk Murid Tingkatan 5

Door gift coklat ni dimasukkan edible image logo batch Tingkatan 5 2010



3) Doof Gift Untuk Guru

Door gift untuk guru2 berupa empat biji coklat pelbagai warna dan bentuk.



4) Cenderahati Yang Dipertua PIBG


Cenderahati untuk Yang Dipertua PIBG berupa sekotak coklat pelbagai warna dan bentuk.



Wednesday, October 6, 2010

Cenderahati Untuk Graduan UMP


Anak Kak Ana yang baru tamat menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) suruh buatkan cenderahati untuk kawan2 sekelas dan yang rapat dengannya sempena Majlis Konvekesyen UMP. Cenderahati ni katanya nak dihadiahkan kepada mereka selepas majlis penerimaan ijazah masing2 pada 9 Oktober 2010 di kampus UMP di Gambang, Pahang.

Monday, September 20, 2010

Cenderahati Untuk Ustaz Ibrahim



Cenderahati berupa pelbagai jenis coklat ni Kak Ana buat untuk dihadiahkan pada Ustaz Ibrahim. Kak Ana dan suami telah tamat mengaji al-quran dengan Ustaz Ibrahim setelah belajar selama lebih dari empat tahun. Jadi dalam majlis khatam al-quran tu, Kak Ana berikan sedikit saguhati dan cenderahati ni pada beliau sebagai tanda penghargaan dari kami.

Monday, September 6, 2010

Lolipop Raya


Tahun ni nampaknya kawan2 dan adik beradik Kak Ana dah dapat idea baru untuk sambut kanak2 di pagi raya. Selain memberi duit raya pada budak2 tu, depa sertakan sekali lolipop coklat. Sudah tentu budak2 suka. Depa pun order kat Kak Ana lolipop ni. Setiap rumah sekurang-kurangnya order sampai 100 biji. Bagus juga idea ni.Harga bagi budget lollichoc ni rm1.00 siap semua .

Monday, June 28, 2010

Coklat Untuk Mimi



Kak Ana dah lama janji dengan Si Mimi, anak buah yg tinggal kat Kedah. 10 tahun umurnya. Kalau nak rasa coklat datanglah ke rumah. Dia asyik tengok dalam blog aje selama ni. Jadi bila dah datang, dia tuntutlah janji tu. Kak Ana buatkan lah beberapa jenis coklat. Seronok nampaknya Mimi dapat makan coklat dan bawa balik sekali ke Kedah untuk ayah dan abang2 nya yang tak ikut sama.