Showing posts with label Cerita Memborong di Guangzhao. Show all posts
Showing posts with label Cerita Memborong di Guangzhao. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Barang2 Dari Guangzhao Dihantar Depan Rumah


Tengah2 relaks ni Kak Ana nak sharelah sikit pengalaman memborong barangan China di Guangzhao. Ikut pakej pemborong LV Travels & Tours. Mungkin kawan2 yang berminat ke sana boleh dapatlah gambaran sikit melalui post ni.

Packagekan semua barang2 yang dibeli dalam kotak dan tulis alamat kita semua. Ni semua kena buat sendiri semasa di hotel penginapan. Kotak2 tu travel agent boleh carikan. Kena sediakan marker dan masking tape dari Malaysia. Banyak kotak banyaklah tape diperlukan. Jenuh juga kalau pergi seorang. Elok pergi berdua. Mudah sikit kerja membungkus nanti. Lepas tu urusan mengangkut ke bas boleh minta tolong staff hotel. Sediakanlah tips sikit. Kesian tengok depa dok angkut kotak2 kita dari bilik ke bas. Setiap seorang perserta kadang2 lebih 20 kotak.

Bas akan bawa kita dan barang2 ke gudang kargo yang akan menghantarnya ke Malaysia melalui kapal. Suasananya macam dalam gambar2 di atas. Staff2 gudang tu akan masukkan barang2 kita dalam gudang merekalah. Kita tengok dan check je keadaan barang2 tu. Pastikan semuanya baik dan cukup. Lepas tu kita pun dihantar ke airport untuk balik ke Malaysia.

Lebikurang 2 minggu, wakil syarikat kargo di Malaysia akan call kita memaklumkan barang2 dah sampai di Pelabuhan Klang. Kita cuma tetapkan tarikh untuk mereka menghantar ke rumah. Jumlah bayaran akan dimaklumkan. Bayaran hanya perlu dibuat setelah kita puashati semua barangan yang tiba di depan rumah kita dalam keadaan baik dan cukup.

Nampaknya tulah secara ringkas yang dapat Kak Ana ceritakan. Ni kira pengalaman membungkus dan menghantar sahaja. Kisah2 pengalaman membeli dan menawar dengan pemborong China tu kita cerita kemudianlah ye.

Thursday, September 16, 2010

Memborong Di Guangzhao Bersama LV Travels & Tours


Keinginan yang kuat untuk berniaga sudah lama ada dalam diri ini. Tak mengapalah bermula secara kecil-kecilan dulu. Apabila terbaca Pakej Pemborong China ke Guangzhao di dada suratkhabar yang ditawarkan oleh LV Travel & Tours Sdn Bhd (LVTT), kesempatan ini tak mahu dilepaskan. Tambahan pula, harga pakej yang ditawarkan menarik dan berpatutan. Kemesraan pegawai-pegawai syarikat LVTT yang sanggup datang sampai ke rumah memberi perkhidmatan memudahkan urusan. Perbincangan yang terperinci dijalankan antara perserta pakej dan LVTT. Maklumlah, pakej ini bukan untuk melancong tapi untuk berniaga. Yang nak pergi ni pun bukan taukeh besar pun. Kenalah jelaskan pada LVTT jenis perniagaan dan barangan apa yang nak dicari. Apatah lagi kebanyakan perserta baru kali pertama ke sana. Gambaran sebenar Guangzhaou sudah tentu amat minimum.


Memilih Barangan Digital Di Shenzhen

Sebelum ke Guangzhao, destinasi pertama ialah ke Bandaraya Shenzhen. Shenzhen lebih dikenali sebagai Bandaraya Digital. Bagi yang berhajat untuk mencari barangan digital, Shenzenlah tempatnya. Kompleks pasaraya borongnya banyak dan besar-besar belaka. Komplek Hua Qiang Bei Wiring City antara destinasi pilihan. Di sini barangan digital dan gajet seperti komputer, kamera, telepon bimbit dan sebagainya amat banyak dan pelbagai. Yang pertama kali datang memang rambang mata dibuatnya. Sehari rasa tak puas untuk meninjau dan memilih barang yang berkenan di hati. Kalau tak memborong, sekurang-kurangnya buah tangan untuk kegunaan sendiri pasti dibawa balik.


Memborong Di Guangzhao

Gedung memborong di Guangzhao memang banyak dan terletak di beberapa lokasi. Walaubagaimana pun, kerja jadi mudah bila barangan yang nak dicari telah dimaklumkan kepada LVTT lebih awal. Sebagai ’home baker’, gedung menjual barangan dan peralatan membuat kek dan coklat destinasi pertama yang dituju. Gedung menjual peralatan kek dan coklat di Guangzhao menjadi tumpuan terutama di kalangan pengusaha khidmat katering, syarikat perhotelan maupun restoran. Berbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia datang memborong barangan di sini. Kualiti barangannya tinggi dan banyak pilihan. Layanan dari para peniaga amat mesra walaupun kadang-kadang bahasa untuk berkomunikasi menimbulkan sedikit masalah. Skil tawar menawar perlu ada untuk memborong di Guangzhao. Peniaga China ni selalunya akan meletakkan harga mula yang amat tinggi. Kena pandai menawar dan buat sedikit ’homework’ berkaitan harga semasa di tanah air.


Selain barangan dan peralatan kek dan coklat, naluri seorang wanita sudah tentu tidak dapat tidak akan ke gedung menjual beg tangan dan tekstil. Antara gedung-gedung yang menjual barangan ini temasuklah : Wang Ning Wholesale Market; Liu Hua Clothes Market; Shang Xia Lu dan banyak lagi.


Makanan Muslim Yang Enak

Bila tiba time makan, tourist guide akan bawa kami ke restoran Islam yang amat sedikit terdapat di Guangzhao. Yalah, penduduk Islam katanya lebihkurang 200,000 orang aje daripada 8 juta penduduknya. Kena beberapa kali pusing bandaraya baru nak jumpa. Restoran yang paling diingati ialah Restoran Abdullah. Mungkin namanya kot. Lauk pauk yang dihidang memang sedap dan banyak. Problemnya, ramai pemborong dalam group kami ni tak tau guna chop stick. Kelam kabut lah pelayan restoran nak cari sudu dan garpu. Mungkin alat ni amat jarang digunakan pelanggan di sini. Pinggan nasi pulak kecil. Tak apelah, janji masing-masing boleh soru dan perut kenyang. Pihak restoran juga ada menyediakan sejadah untuk solat di bilik khas atau ruang-ruang yang bersih dalam restoran. Maklumlah nak cari masjid atau surau cukup susah di Guangzhao.


Menyusuri Sungai Guangzhao

Setelah penat memborong, group kami ditawarkan pakej menyusuri Sungai Guangzhao waktu malam. Dengan menaiki boat besar dua tingkat, pelancong akan dapat menikmati pemandangan Bandaraya Guangzhao yang amat mempesonakan. Sinaran lampu aneka warna dari bangunan-bangunan pencakar langit di tebing sungai menyerikan Sungai Guangzhao. Penyusuran sungai yang mengambil masa hampir sejam dirasakan sekejap. Di dalam boat juga dihidangkan persembahan tarian dan nyanyian untuk tontonan pelancong. Keadaannya sungguh meriah dan menghiburkan

Khidmat Kargo Disediakan

Hari terakhir kami akan melibatkan kerja-kerja pembungkusan barangan yang telah diborong. Kotak dan tape telah disediakan oleh pihak LVTT lebih awal memudahkan kerja. Kotak-kotak yang telah dibungkus rapi akan dihantar ke syarikat kargo untuk penghantaran melalui laut ke tanah air. Syarikat kargo juga menyediakan pembungkusan tambahan yang lebih kukuh demi menjamin keselamatan barangan dengan caj yang murah. Selalunya, jangkamasa penghantaran barangan oleh syarikat kargo hingga ke depan rumah para pemborong akan mengambil masa antara 10 dan 14 hari sahaja.


Potensi Perniagaan Yang Luas

Sambutan pelanggan terhadap barangan dari Guangzhao amat menggalakkan sebaik sahaja dipasarkan di tanah air. Keadaan ini sudah tentu menambahkan keyakinan pada diri ini untuk terus memborong barangan Guangzhao. Dengan pakej perkhidmatan pemborongan oleh LVTT yang efisyen dan memuaskan, sudah tentu akan dapat menarik lebih ramai pemborong tempatan menyertainya. Walaupun, majoriti pemborong menggunakan trip pertama ini sebagai tinjauan awal, namun rata-rata berpendapat potensi dan peluang perniagaan yang ditawarkan di Guangzhao amat luas. Dengan memborong barangan secara terus dari pembekal akan dapat menjimatkan kos dan mengelakkan masalah dan pelbagai kerenah yang ditimbulkan oleh orang tengah. Tambahan pula, ada di antara yang ikut bersama pakej pertama ini telah mempunyai pengalaman berniaga dan memiliki syarikat perniagaan yang sudah ’established’ di tanah air. Tidak kurang juga ada yang berniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam. Yang tak pernah berniaga pun ikut sama. Matlamatnya, sudah tentu untuk menghidu peluang perniagaan yang mungkin ada di Guangzhao.



Thursday, July 1, 2010

Mendengar Temberang Taukeh Jade



Kak Ana nak share sikit kisah ni, terutama pada mereka yg nak ke Guangzhao ikut pakej pemborong. Satu destinasi wajib bila kita melancong ke China samada Beijing ke, Guangzhao  ke, ialah ke pusat jualan barangan jade. Agent pelancong tu kata ini arahan kerajaan China. Strategi nak promote salah-satu produk tradisional depa lah tu.

Yg Kak Ana nak cerita ialah lagak taukehnya semasa mempromosi produk. Dengan muka ceria dan penuh bersemangat, si taukeh ni akan menceritakan dalam bahasa Cina dgn translator di sebelahnya. Betapa bertuah group kami kerana ketika ni dia dlm mood yg amat seronok kerana baru dpt bayi lelaki yg pertama. Kata dia, isterinya orang Malaysia, orang Teluk Intan. Bila kita tanya Teluk Intan belah mana, dia nampak blur tak tau nak jawab. Tambahnya lagi, dek terlalu seronok dia bagi angpau RM1 juta pada hari perkahwinan adik iparnya bulan lepas. So, dia bagi special offer lah sebab kami jugak orang2 Malaysia spt isterinya. Tapi yg pelik tu, special offer tu untuk barang2 tertentu yg terdapat dalam bilik khas sje. Dok kerana terlalu excited, ada di antara kami belilah barang2 yg berkenan dihati. Kononnya harganya amat murah.

Mengikut cerita dari tourist guide & mereka2 yg dah p beberapa kali kat kedai jade ni, cerita taukeh ni sama aje sepanjang tahun. Tak tau lah kalau group dari negara lain macamane pulak ceritanya. Tapi dia memang hebat. Naik semangat kita dibuatnya. Tau2 kita dah terpengaruh. Jadi berhati2 lah bila you all dibawa ke kedai ni masa melancong ke Guangzhao nanti.

Sunday, June 27, 2010

Barang2 ASPA di Shenzhen




Trip Kak Ana ke Guangzhao terlebih dulu akan singgah ke Shenzhen untuk 1 mlm. Maklumlah naik Shenzhen Airlines. Shenzhen lebih dikenali sebagai Bandaraya IT atau Digital. Kebanyakan komplek beli belahnya menjual barangan ni. Memang kelabu mata dibuatnya. Semua brand barangan IT ada dan amat murah harganya. Tapi bak kata tourist guide kami, barangan di Shenzhen lebih dikenali dengan ungkapan ASPA. Bila Kak Ana tanya apa tu ? Dia jawab dengan selambanya 'Asli Tapi Palsu'. Ialah China ni memang terkenal dengan barangan tiruan. Carilah brand apapun, semua ada. Itu yang negara lain dok bengang kat depa. Penat aje buat, China cukup cepat menirunya.

Saturday, June 26, 2010

Mencari Perkakasan 'Door Gift' dan Cenderahati di Guangzhao



Pada 21 hingga 26 Jun, Kak Ana sekali lagi ke Guangzhao mengikut pakej pemborong China dikendalikan oleh LV Travel and Tours. Trip kali ni Kak Ana nak cari perkakasan untuk buat 'door gift' dan cenderahati untuk majlis perkahwinan anak2 buah nak kahwin pada bulan Julai dan September nanti. Seramai 11 orang pemborong ikut bersama pakej kali ini dengan tujuan masing2. Ikut jenis bisnes depa la. Sambil2 tu, Kak Ana beli juga barang lain untuk dijual seperti beg tangan, kain sutra dan sebagainya. Semua barang kena hantar melalui kargo. InsyaAllah, lebihkurang 2 minggu baru sampai.

Saturday, April 3, 2010

Tarian Bollywood di Guangzhao

















Sementara nak tunggu barang yang Kak Ana beli melalui kargo tu sampai, rasa elok Kak Ana cerita lagi satu peristiwa menarik semasa di Guangzhao. Masa tu Kak Ana dan kawan-kawan pemborong tengah asyik menikmati pemandangan indah bandaraya Guangzhao waktu malam mengikuti river cruise. Tiba-tiba terdengar lagu bollywood di tingkat satu boat. Kak Ana pun turun ke bawah. Bukan main asyik dua gadis China berpakaian tradisi India menggayakan tarian Bollywood ditonton oleh penumpang yang majoritinya orang China. Tu lah penangan hebat irama Bollywood hingga sampai ke negara China. Kak Ana pun terfikir, kan bagus dan berbangga kita kalau tarian Melayu pun dipertontonkan di sini.

Wednesday, March 31, 2010

Makanan Islam di Guangzhao























Bila tiba time makan, tourist guide akan bawa kami ke restoran Islam yang amat sedikit terdapat di Guangzhao. Yalah, penduduk Islam katanya lebihkurang 200,000 orang aje daripada 8 juta penduduknya. Kena beberapa kali pusing bandar baru nak jumpa. Restoran yang Kak Ana paling ingat ialah Restoran Abdullah. Mungkin namanya kot. Lauk2 yang dihidang memang sedap dan banyak. Problemnya, ramai pemborong dalam group Kak Ana ni tak tau guna chop stick. Kelam kabut lah pelayan restoran nak cari sudu dan garpu. Mungkin alat ni amat jarang digunakan pelanggan di sini. Pinggan nasi pulak kecil. Tak apelah, janji masing-masing boleh soru dan perut kenyang. Kak Ana pesan juga kat tourist guide tu, kalau boleh carikan restoran yang ada bilik solat. Atau sekurang-kurangnya yang boleh sediakan sejadah untuk solat di ruang-ruang yang bersih dalam restoran. Maklumlah nak cari masjid atau surau cukup susah di Guangzhao.

Tuesday, March 30, 2010

Trip Pertama Ke Guangzhao Bersama Rombongan Usahawan Bumiputra

















Saje nak cerita, pertama kali Kak Ana ke Guangzhao ialah pada 26 November 2009. Masa tu Kak Ana join bersama lebihkurang 40 pemborong Bumiputra di bawah pakej yang diuruskan oleh Anzac Consultancy [Shahabudeen Jalil yang top tu] Pihak MEGA Utusan Malaysia pun ada ikut sama. Tujuan Kak Ana tu ialah untuk tinjau-tinjau barangan yang boleh dibawa balik untuk berniaga. Memang susah nak decide, terlalu banyak produk menarik dan harga pun memang murah. Tambahan pula, kami cuma diberi selama dua jam bagi setiap gedung pemborong di Guangzhao, memang rushing macam nak giler. Bangunannya pulak besar-besar dan banyak. Untuk trip pertama ni, Kak Ana dapatlah beli sedikit barang saje-saje nak test market.

Monday, March 29, 2010

'Many-Many' dan 'Same-Same Ori'













Ini satu lagi cerita Kak Ana nak sharelah sikit pengalaman memborong peralatan kek dan coklat di Guangzhaou. Membeli-belah dan memborong barang di sana kadang-kadang melucukan. Pekedai-pekedai China ni majoriti tak tau berbahasa Inggeris. Hanya dua perkataan saje yang mereka sering sebut iaitu : 'many-many' dan 'same-same ori'. Kalau nak beli satu mereka tak layan. Lalu mereka sebutlah 'many-many' maknanya sebagai pemborong Kak Ana kena beli paling minimum lima unit. Kalau kita tanya pulak kualiti atau ketulenan sesuatu produk tu, maka jawapan popular mereka ialah 'same-same ori' atau dengan kata lain hampir sama dengan produk yang original lah. 

Selain daripada tu, mesin calculator alat paling penting dan berkesan untuk tawar menawar. Contohnya, bila kita tanya harga mereka pun tekanlah calculator 100 yuen. Kak Ana pun tawar dan tekan 50 yuen. Dia geleng kepala dan tekan 90 yuen. Tekan balas tekan, Kak Ana pun tunjukkan isyarat nak belah. Selalunya, strategi ni berjaya untuk mendapatkan harga yang Kak Ana minta.

Sunday, March 28, 2010

Memborong Peralatan Kek dan Coklat di Guangzhao































Kak Ana ada jugak mengusahakan perniagaan borong barang-barang dari China. secara kecil-kecilan. Maklumlah barang-barang dari China harganya lebih murah dan banyak pilihan. Dah dua kali Kak Ana pergi ke Guangzhao untuk mencari barang-barang di sana seperti peralatan untuk membuat kek dan coklat. Yang terbaru Kak Ana pergi bulan Mac ni ikut pakej pemborong China yang dikendalikan oleh LV Travels & Tours. Ada lima lagi pemborong ikut bersama dalam pakej ini. Kali ni Kak Ana dah beli peralatan membuat kek dan coklat antaranya termasuklah : air brush; chocolate moulds; chocolate fountains; penimbang digital; tempat letak kek bertingkat dan sebagainya. InsyaAllah, barang-barang ni akan sampai melalui kargo lebih kurang awal bulan April nanti.
Bila dah sampai nanti Kak Ana akan masukkan dan promote dalam blog. Sesiapa yang berminat bolehlah order, ok !!!