Monday, November 1, 2010

Puding Marble



Puding Marble ni Kak Ana buat sebagai buah tangan pada kenduri tahlil dan doa selamat sempena pemergian abang dan kakak ipar ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji.Puding ni memang sedap thanks Che Mat,(CMG) memang tak rugi mencuba .Disini akak minta izin nak share resepi dengan viewers semua.

Bahan-bahan:

4 keping roti*
2 biji telur*
1/2 cawansusu pekat*
170 ml susu cair*(akak guna fresh milk)
3 1/2 cawan air
8 gm agar2 serbuk
1/2 cawan gula
2 sdb butter
2 sdb serbuk koko

Cara nya:

Didihkan 3 cawan air dengan agar2,bila agar2 hancur masukkan gula biar ia hancur.
Blend semua bahan bertanda * dan tuang dalam agar2 tadi .sambil dikacau masukkan butter bila mendidih tutup api.
Bahagi agar2 kepada 2.
1 bahagian dicampur dengan koko kacau biar rata.
Ambil 1 cawan bahagian biasa tuang dalam acuan berselangseli dengan bahagian koko.sehingga habis.sejukkan dalam icebox.

No comments: