Wednesday, April 20, 2011

Oreo Cheese Cake


Kek ni Kak Ana buatkan untuk celebrate harijadi anak kedua.

Monday, April 18, 2011

Recipe: Tom Yam Ayam


Hari ini nak share resepi tomyam santan bercili ala-ala tomyam pok tek.Tapi kak Ana letak ayam dan sayur-sayur jer.Tomyam ni memang favorate family

Bahannya:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 btg.carot (potong bulat) A
1 cawan bunga kobis yang di potong kecil A
1 cawan cendawan butang A
1 cawan cendawan tiram A
2 btg celeri dihiris A
2 biji tomato di potong enam A
1 biji bawang besar dihiris A
1 in lengkuas di hiris A
1/2 in halia A
3 btg serai A
10 biji cili api
6 biji limau kasturi ambil airnya A
4 helai daun limau A
se genggam daun ketumbar A
1/4 cawan santan atau susu cair (akak letak susu cair jer) A
secukupnya fish sauce A
4 sudu besar tomyam paste A
garam ,A


untuk rempah merahnya:

1/2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
5 biji cili api*
4 sudu besar cili giling*
3 susu besar tomato puri A
*semua bahan di blend

Caranya

Tumis bahan tumis biar naik wangi masukkan ayam .Kacau sampai ayam agak masak masukkan air sampai paras ayam.Apabila mendidih masukkan semua bahan A rasalah masam masinnya mengikut citarasa anda.selamat mencuba.




Mini Cake Untuk Norma



Kak Ana buatkan mini cake untuk dihadiahkan kepada kawan Kak Ana sempena hari jadinya. Happy Birthday Norma!

Sunday, April 3, 2011

Kek Pertunangan Aishah




Aishah, kawan anak Kak Ana suruh buatkan kek hantaran majlis pertunangannya semalam. Dia suruh buat kek fondant bentuk hadiah. Macam ni lebihkurang bentuknya.

Friday, March 25, 2011

Apam Polka Dot




Kak Ana nak promote Apam Polka Dot. Kuih ni juga dikenali sebagai Apam Dot Dot. Ia berinti atau 'filling' pelbagai perisa seperti strawberry, nenas dan sebagainya. Sesuai dibuat door gift untuk pelbagai majlis keraian.

Yang berminat nak order, Kak Ana tawarkan harganya seperti berikut :

a) Yang ada 'Filling' atau Berinti - 100 biji (RM27.00)

b) Tanpa 'Filling' - 100 biji (RM22.00)

Thursday, March 24, 2011

Cup Cake Untuk Azlin




Azlin, kawan suami Kak Ana order cup cake sempena harijadi anak sulung. Dia minta cup cake yang ada edible image untuk diberi pada kawan2 tadika anaknya.

Wednesday, March 23, 2011

Cup Cake Birthday Untuk Maab



Cup cake untuk Maab, tunang kawan anak Kak Ana yang menyambut harijadinya yang ke 24 tahun pada hari yang sama majlis pertunangan mereka diadakan di Kuantan.

Tuesday, March 22, 2011

Cup Cake Birthday Ina & Qila




Anak buah Kak Ana, Ina dan Qila sambut harijadi serentak kat Melaka. Kak Ana buatkanlah cup cake ni sebagai buah tangan. Tak sempat beli hadiah untuk mereka.

Wednesday, March 16, 2011

Buat pastri



Minggu lepas MARDI jemput Kak Ana mengikuti kursus hasilan bakeri iaitu cara2 buat pelbagai jenis croissant dan pastri. Dah ada diberi peluang, tak kan pulak nak dilepaskan. Dapat juga ilmu baru. Kak Ana amat tertarik dengan mesin2 yang digunakan canggih.

Monday, March 7, 2011

Cup Cakes Hantaran





Kak Ana nak promote cup cakes pelbagai hiasan yang sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Cupcake ni juga boleh dijadikan wedding gift. Packaging bisa diatur.

Muffin Untuk SK Salak Tinggi




Cikgu Wan jiran Kak Ana di Desa Bestari tempah muffin coklat untuk sekolahnya. Thanks Cikgu.

Tuesday, March 1, 2011

Birthday Cake Untuk Zarif




Jiran Kak Ana kat Desa Bestari order birthday cake untuk anaknya Si Zarif. Katanya Zarif minta kek khas ada image Ultraman untuk harijadinya yang ke lima tahun. Happy Birthday Zarif

Cup Cake Untuk Zameer



Mak Zarif juga order cup cake untuk anaknya Zameer. Dia suruh Kak Ana buatkan cup cake apa2 pun x apa sebab katanya kesian pulak si adik bila tengok si abang dapat kek nanti. Itulah kasih ibu kan. Si-adik pun minat ultraman juga tapi dah lewat ibunya order x dapatlah edible ultraman Kak Ana gantikan dengan Ben 10 nasib baik adik ni minat juga. Kalau x merajuk lah. Anyway terima kasih banyak2 Norzie diatas tempahan ini.