Monday, June 28, 2010

Coklat Untuk Mimi



Kak Ana dah lama janji dengan Si Mimi, anak buah yg tinggal kat Kedah. 10 tahun umurnya. Kalau nak rasa coklat datanglah ke rumah. Dia asyik tengok dalam blog aje selama ni. Jadi bila dah datang, dia tuntutlah janji tu. Kak Ana buatkan lah beberapa jenis coklat. Seronok nampaknya Mimi dapat makan coklat dan bawa balik sekali ke Kedah untuk ayah dan abang2 nya yang tak ikut sama.

Sunday, June 27, 2010

Barang2 ASPA di Shenzhen




Trip Kak Ana ke Guangzhao terlebih dulu akan singgah ke Shenzhen untuk 1 mlm. Maklumlah naik Shenzhen Airlines. Shenzhen lebih dikenali sebagai Bandaraya IT atau Digital. Kebanyakan komplek beli belahnya menjual barangan ni. Memang kelabu mata dibuatnya. Semua brand barangan IT ada dan amat murah harganya. Tapi bak kata tourist guide kami, barangan di Shenzhen lebih dikenali dengan ungkapan ASPA. Bila Kak Ana tanya apa tu ? Dia jawab dengan selambanya 'Asli Tapi Palsu'. Ialah China ni memang terkenal dengan barangan tiruan. Carilah brand apapun, semua ada. Itu yang negara lain dok bengang kat depa. Penat aje buat, China cukup cepat menirunya.

Saturday, June 26, 2010

Mencari Perkakasan 'Door Gift' dan Cenderahati di Guangzhao



Pada 21 hingga 26 Jun, Kak Ana sekali lagi ke Guangzhao mengikut pakej pemborong China dikendalikan oleh LV Travel and Tours. Trip kali ni Kak Ana nak cari perkakasan untuk buat 'door gift' dan cenderahati untuk majlis perkahwinan anak2 buah nak kahwin pada bulan Julai dan September nanti. Seramai 11 orang pemborong ikut bersama pakej kali ini dengan tujuan masing2. Ikut jenis bisnes depa la. Sambil2 tu, Kak Ana beli juga barang lain untuk dijual seperti beg tangan, kain sutra dan sebagainya. Semua barang kena hantar melalui kargo. InsyaAllah, lebihkurang 2 minggu baru sampai.

Friday, June 18, 2010

Tepong Gomak




Kuih ni favourite husband Kak Ana. Pantang jumpa kat pasar malam, mesti beli punya. Bila senang Kak Ana buatkanlah. Buat lebih2 sikit puaslah makan. Malam2 pun boleh ulang makan kalau berhajat.

Linguane Carbonara



Antara makanan pasta yang paling diminati oleh keluarga Kak Ana ialah Linguane Carbonara. Susah sikit nak sebut. Maklumlah makanan ala Italy. Bila anak2 semua ada kat rumah barulah Kak Ana buatkan carbonara ni. Makan ramai2 memang seronok.

Tuesday, June 15, 2010

Resepi Serabai




Orang utara panggil kuih ni serabai. Sesuai dihidangkan untuk minum petang.  Arwah ayah memang minat kuih ni. Kerap dia suruh arwah mak buat. Masa tulah Kak Ana belajar buat serabai. Orang Kedah lebih suka kuah durian. Tapi orang sebelah selatan seperti Melaka lebih suka buat kuahnya dari gula merah atau gula Melaka. Hubby i org Melaka tu yg tau sikit cara diaorg. Kebetulan abang dan kak ipar datang ke rumah, Kak Ana jamulah kuih ni.  Depa pun dah lama tak makan serabai ni. Langkah kananlah. Ok jom kita try buat serabai ni :

Untuk serabai:

300 gm tpg beras
1 mangkuk nasi sejuk (di blend dgn sedikit air)
1/2 bungkus yeast kering (kak ana jenama mauripan yg 11gm)
air

Masukkan semua bahan dan bancuh dengan air. Kepekatannya mcm buat kuih cara. Biarkan selama 4 ke 5 jam baru kita bakar. Ambil 1 senduk dan masukkan dalam kuali yg disapu dengan sedikit minyak supaya x melekat. Tutup dengan tudung periuk hingga masak.

Untuk kuah durian:
2 biji durian
4 sdb gula kasar
RM2.00 santan
garam
1 cawan air

Campur semua bahan dan gaul durian bersama sampai sebati. Masak atas api sambil di kacau.

Monday, June 14, 2010

Laksa Johor




Keluarga Kak Ana memang suka Laksa Johor. Kadang2 bila dah jemu makan nasi tu dia orang suruh Kak Ana buat laksa ni. Tambahan musim cuti sekolah, semua anak-anak ada kat rumah. Laksa ni Kak Ana belajar dari kak ipar orang Johor. Maklumlah, kita orang Kedah ni lebih biasa dengan laksa utara.Ok mai kita tgk mcmana nak buat.

1 bungkus spaghetti [rebus sampai lembut]
untuk kuahnya:
1 kg ikan kembong {kalau ikan lain pun blh][kukus dan blend mcm buat laksa utara juga
3 sdb rempah kari ikan
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
2 in lengkuas*
3 btg serai*
2 sdb cili blend
rm 2.00 udang kering{xde kak ana letak udang geragau{udang kepal}*
rm 4.00 isi ikan kurau kering ptg nipis
rm 2.00 santan pekat
2 sdb kerisik
1 btg bunga kantan dihiris
3 kpg asam keping

Semua bahan * hendaklah di blend.Tumis bahan td sampai perang kemudian mskkan cili dan rempah kari tadi dan sedikit air.Kacau mcm buat kari masukan udang kering ,isi ikan kering serta ikan yang diblend td dan juga santan bila mendidih mskkan kerisik bunga kantan dan garam.slowkan api biar naik minyak sikit.

utk hiasan boleh letak timun, kacang panjang, lobak asin, taugeh asam limau daun selasih.
utk sambalnya blendkan cili kering dgn belacan dan garam. Selamat mencuba.

Thursday, June 10, 2010

Juice Avocado/Jus Alpukat



Minuman juice yang Kak Ana paling suka masa melancong kat Jakarta dan Bandung lalu ialah avocado juice. Di Indonesia, jus ini dipanggil Jus Alpukat. Memang enak dan menyegarkan. Kata pakar, kalau kerap minum juice ini baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menghaluskan kulit. Kak Ana pun cuba lah buat untuk minuman seisi keluarga. Dengan campuran susu dan coklat dapat menambahkan kelazatan juice ni. Kalau nak cuba disini resepinya:

2 biji avocado yang dah masak
2 sdb susu pekat manis
250 ml fresh milk
1/2 sdt mocca [x der letak nescafe jer]
1/2 cawan icecube

Blend semua dan tuang dalam gelas yang dah di letakkan coklat cair.taburkan coklat rice [x der so x letak ].hmmm slurrppp. Selamat mencuba.

Wednesday, June 9, 2010

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Ptg2 mcmni sedap tido.cuaca pulak mendung mcm nak hujan tp x jadi2 lg.So kak ana pun jalan2 lah ke blog ni.so, interesting la pulak mcm kita org baru dlm dunia blog hehe.buat lah entri ni bukan apa nak cari kekawan .