Wedding Cake, Birthday Cake, Door Gift, Cup Cake, Novelty Cake, Pastry, Chocolate, Baking Class, Baking Tools, Gifts and Hampers
Monday, July 19, 2010
Pulut Kuning Bertingkat
Pulut kuning ni Kak Ana buat semasa majlis malam berinai Gee dan Am. Kak Ana gunakan bekas bertingkat supaya nampak lebih cantik dan menarik. Lepas tu buatlah upacara potong pulut kuning oleh kedua dua mempelai. Meriahlah sikit majlis berinai tu.
Sunday, July 18, 2010
Kek Kahwin Gee dan Am
Alhamdulillah anak buah Kak Ana, Gee telah selamat diijabkabulkan dengan Am pada 15hb Julai 2010. Kak Ana ditugas untuk buatkan kek bertingkat bagi majlis reception yang telah dilangsungkan secara gilang gemilang di Kelab Golf KGPA Mont Kiara. Nampak berseri dan ceria Gee dan Am semasa upacara memotong kek kahwin mereka.
Saturday, July 3, 2010
Kuih Raya
Salam, kepada semua pengunjung blog Kak Ana.
Di sini diiklankan enam jenis cookies untuk menyambut Hari Raya tahun 2010. Semua cookies menggunakan mentega tulen. Tempahan untuk cookies di bawah boleh dibuat dari sekarang. Samada e mail ke kakanakitchen@gmail.com atau sms ke no. 012-3185493 .
Green Lace
Harga : RM24 sebotol (50 biji)
Almond London
Green Lace
Pineapple Nest
Harga : RM24 sebotol (50 biji)
Snow White
Hazelnut Delight
Cinnamon Roll
Red Bean Bun
Kak Ana dah lama tak buat bun ni. Masa tinggal kat rumah lama kerap juga buat. Sebab kawan2 dan jiran suka order. Rumah baru ni orang tak ramai lagi. Kebetulan mak mertua dan kak ipar dari Melaka nak singgah minum petang. Fikir punya fikir, jamu depa bun ni je lah. Bun ni masa panas memang sedap sambil minum teh o.
Thursday, July 1, 2010
Mendengar Temberang Taukeh Jade
Kak Ana nak share sikit kisah ni, terutama pada mereka yg nak ke Guangzhao ikut pakej pemborong. Satu destinasi wajib bila kita melancong ke China samada Beijing ke, Guangzhao ke, ialah ke pusat jualan barangan jade. Agent pelancong tu kata ini arahan kerajaan China. Strategi nak promote salah-satu produk tradisional depa lah tu.
Yg Kak Ana nak cerita ialah lagak taukehnya semasa mempromosi produk. Dengan muka ceria dan penuh bersemangat, si taukeh ni akan menceritakan dalam bahasa Cina dgn translator di sebelahnya. Betapa bertuah group kami kerana ketika ni dia dlm mood yg amat seronok kerana baru dpt bayi lelaki yg pertama. Kata dia, isterinya orang Malaysia, orang Teluk Intan. Bila kita tanya Teluk Intan belah mana, dia nampak blur tak tau nak jawab. Tambahnya lagi, dek terlalu seronok dia bagi angpau RM1 juta pada hari perkahwinan adik iparnya bulan lepas. So, dia bagi special offer lah sebab kami jugak orang2 Malaysia spt isterinya. Tapi yg pelik tu, special offer tu untuk barang2 tertentu yg terdapat dalam bilik khas sje. Dok kerana terlalu excited, ada di antara kami belilah barang2 yg berkenan dihati. Kononnya harganya amat murah.
Mengikut cerita dari tourist guide & mereka2 yg dah p beberapa kali kat kedai jade ni, cerita taukeh ni sama aje sepanjang tahun. Tak tau lah kalau group dari negara lain macamane pulak ceritanya. Tapi dia memang hebat. Naik semangat kita dibuatnya. Tau2 kita dah terpengaruh. Jadi berhati2 lah bila you all dibawa ke kedai ni masa melancong ke Guangzhao nanti.