Friday, April 23, 2010

Shunda Chocolate Moulds

















Pengumuman:Ana's Kitchen membuat potongan harga Sunda Chocolate Mould.  Terdapat tiga  jenis reka bentuk acuan : Crown, Leaf, Shell
Sekarang seunit RM17.00



Plastic Mat















Pengumuman :Ana'Kitchen membuat potongan harga keatas peralatan kek dan coklat.

Harga Jualan : RM15.00 Sekarang:RM 13.00

Chocolate Mould (Crown)















Harga Jualan : RM20.00 Sekarang:RM 17.00

Chocolate Mould (Shell)















Harga Jualan : RM20.00 Sekarang RM17.00

Chocolate Mould (Leaf)















Harga Jualan : RM20.00 Sekarang RM 17.00

Tempat Kek 6 Tingkat (Aluminium)



















Harga Jualan : RM320.00 Sekarang RM250.00

Tempat Kek 6 Tingkat (Plastik)



















Harga Jualan : RM300.00 Sekarang RM 190.00

Monday, April 19, 2010

Cup cake Untuk Pegawai dan Pelatih Sirim


























Bila dah tamat praktikal atau istilah la ni dia panggil 'industrial training' kat Sirim Bukit Jalil, Anak sulung Kak Ana pun suruh buatkan cup cake. Nak jamu pegawai dan kawan-kawan dia katanya. Kak Ana pun buatlah dua tiga jenis cup cake. Untuk yang minat bola, buatkan lah imej lencana clubs. Yang minat kartun, buatkan lah imej kartun. Yang satu kotak lagi, ikut suka dan mood Kak Ana lah apa nak buat. Jadilah macam-macam bentuk akhirnya.

Saturday, April 17, 2010

Kuih Bakar Santan
































Kak Ana ni sekali sekala teringin jugak nak makan kuih tradisional kita, Asyik buat kek aje, naik boring pulak. Fikir punya fikir, buatlah kuih bakar santan. Lagi pun husband dan anak-anak suka kuih ni. Buatlah dua tiga biji. Dapatlah juga jiran-jiran merasa sama.

kat sini,Kak Ana nak share resepi kuih ni.

Kuih Bakar

2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1/2 kg santan
300gm air daun pandan
sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak sapi
bijan

cara-cara:

Campurkan dan blend semua bahan kecuali minyak sapi dan bijan. Panaskan acuan. Masukkan minyak sapi 1/2 sudu besar untuk 1 acuan. Kemudian, masukkan adunan dan bakar dgn suhu 190darjah celcius selama 10minit. Keluarkan dan taburkan bijan. Masukkan semula dan bakar hingga masak. Adunan ini dapat 4 biji kuih bakar.

Selamat mencuba!

Friday, April 16, 2010

Cup cake Untuk Normah

















Si Normah, kawan Kak Ana ni tinggal kat Puchong Indah. Dia jemput nak sambut birthday dia katanya. Tak lupa juga dia kat kita walaupun Kak Ana dah pindah kat Salak Tinggi. Kak Ana buatkan lah cup cake sebagai buah tangan. Maklumlah tak sempat nak beli hadiah. Saje nak usik Si Normah tu, Kak Ana buatlah cup cake dengan kerekter dan objek pelik-pelik sikit.
Walau macam mana pun, Kak Ana ucapkan 'Selamat harijadi Normah, moga panjang umur dan murah rezeki !!'

Tuesday, April 13, 2010

Coklat Untuk Penuntut UIA















































Anak Kak Ana yang nombor dua belajar kat UIA Gombak. Dia ni aktif sikit. Masa tengah cuti semester pun kena pi kampus. Katanya ada pertandingan debat antara sekolah buat kat UIA. Urusetialah katakan. Kenalah pi awal. Kawan-kawan yang kena bertugas sama tu orderlah coklat kat dia. Kak Ana pun buatkan dua tiga jenis aje. Bolehlah depa makan masa tengah-tengah relak nant
i.

Tuesday, April 6, 2010

Orange Orio Cheese Cake


































Kek ni Kak Ana buat sebagai buah tangan untuk Ustaz Azman yang tinggal dekat rumah. Dia jemput Kak Ana sekeluarga ke rumahnya sempena meraikan lebihkurang 20 student dia yang baru habis belajar kat USIM. Ustaz Azman ni pensyarah USIM tengah dok habiskan thesis PhD nya dan masih bujang lagi. Dia buat BBQ ayam dan kambing dengan nasi aje. Student dia le yang tukang bakar daging-daging tu. Maklumlah orang bujang. Dengan kek yang Kak Ana bawa dapatlah tambah-tambah pencuci mulut selain buah tembikai yang Ustaz dah sediakan.

Sunday, April 4, 2010

Marble Cheese Cake
































Anak bongsu Kak Ana memang suka cheese cake. Kadang-kadang bila nak balik rumah dari asrama, mesti awal-awal lagi dia pesan buatkan kek ni. Walaupun yang nak makan sekeluarga tu tak ramai tapi terpaksa jugalah buatkan sebiji kek terus. Kali ni Kak Ana buatkan dia marble cheese cake. Dapat jugalah jiran dan kawan-kawan turut merasa.

Saturday, April 3, 2010

Tarian Bollywood di Guangzhao

















Sementara nak tunggu barang yang Kak Ana beli melalui kargo tu sampai, rasa elok Kak Ana cerita lagi satu peristiwa menarik semasa di Guangzhao. Masa tu Kak Ana dan kawan-kawan pemborong tengah asyik menikmati pemandangan indah bandaraya Guangzhao waktu malam mengikuti river cruise. Tiba-tiba terdengar lagu bollywood di tingkat satu boat. Kak Ana pun turun ke bawah. Bukan main asyik dua gadis China berpakaian tradisi India menggayakan tarian Bollywood ditonton oleh penumpang yang majoritinya orang China. Tu lah penangan hebat irama Bollywood hingga sampai ke negara China. Kak Ana pun terfikir, kan bagus dan berbangga kita kalau tarian Melayu pun dipertontonkan di sini.