Tuesday, August 31, 2010

Hamper Raya


Nampaknya raya tahun ni kawan2 Kak Ana order hamper untuk dihadiahkan pada client2 depa. Hamper ni Kak Ana isi beberapa jenis kuih raya dan coklat. Dengan hiasan bunga dan ribbon nampaklah menarik sikit hamper ni.
Maklumlah nak hadiahkan pada syarikat2 korporat kenalah buat nampak kelas sikit.

Sunday, August 22, 2010

Kuih Raya Dah Nak Siap


Alhamdullillah, nampaknya kerja2 menyiapkan tempahan kuih raya tahun ni boleh dikatakan 70 peratus dah siap. Kak Ana memang target pertengahan Ramadhan kerja2 untuk memenuhi tempahan ni perlu disiapkan. Dua minggu selebih tu selalunya Kak Ana peruntukan untuk persiapan keluarga dan rumah pula. Tak laratlah nak buat banyak2. Cuma anak sulung saje yang membantu. InsyaAllah, cukup bulan ni Kak Ana akan hantarkan kuih raya yang telah ditempah ni kat pelanggan2.

Saturday, August 14, 2010

Announcement

Salam dan Selamat Sejahtera,

Dengan ini dimaklumkan bahawa order kuih raya untuk tahun ini ditutup pada 14hb Ogos 2010.

Kak Ana mengucapkan terima kasih kepada yang telah membuat order. InsyaAllah pesanan anda akan Kak Ana siapkan sebelum Hari Raya.

Terima Kasih

Tuesday, August 10, 2010

Announcement

Assalamualaikum semua.Ahlan wasahlan ya ramadan.Kak Ana ingin mengucapkan selamat berpuasa semua followers,silent readers dan kawan kawan .semoga puasa kita tahun ini lebih baik dan di berkati Allah.Insyaallah.