Wednesday, March 31, 2010

Makanan Islam di Guangzhao























Bila tiba time makan, tourist guide akan bawa kami ke restoran Islam yang amat sedikit terdapat di Guangzhao. Yalah, penduduk Islam katanya lebihkurang 200,000 orang aje daripada 8 juta penduduknya. Kena beberapa kali pusing bandar baru nak jumpa. Restoran yang Kak Ana paling ingat ialah Restoran Abdullah. Mungkin namanya kot. Lauk2 yang dihidang memang sedap dan banyak. Problemnya, ramai pemborong dalam group Kak Ana ni tak tau guna chop stick. Kelam kabut lah pelayan restoran nak cari sudu dan garpu. Mungkin alat ni amat jarang digunakan pelanggan di sini. Pinggan nasi pulak kecil. Tak apelah, janji masing-masing boleh soru dan perut kenyang. Kak Ana pesan juga kat tourist guide tu, kalau boleh carikan restoran yang ada bilik solat. Atau sekurang-kurangnya yang boleh sediakan sejadah untuk solat di ruang-ruang yang bersih dalam restoran. Maklumlah nak cari masjid atau surau cukup susah di Guangzhao.

Tuesday, March 30, 2010

Trip Pertama Ke Guangzhao Bersama Rombongan Usahawan Bumiputra

















Saje nak cerita, pertama kali Kak Ana ke Guangzhao ialah pada 26 November 2009. Masa tu Kak Ana join bersama lebihkurang 40 pemborong Bumiputra di bawah pakej yang diuruskan oleh Anzac Consultancy [Shahabudeen Jalil yang top tu] Pihak MEGA Utusan Malaysia pun ada ikut sama. Tujuan Kak Ana tu ialah untuk tinjau-tinjau barangan yang boleh dibawa balik untuk berniaga. Memang susah nak decide, terlalu banyak produk menarik dan harga pun memang murah. Tambahan pula, kami cuma diberi selama dua jam bagi setiap gedung pemborong di Guangzhao, memang rushing macam nak giler. Bangunannya pulak besar-besar dan banyak. Untuk trip pertama ni, Kak Ana dapatlah beli sedikit barang saje-saje nak test market.

Monday, March 29, 2010

'Many-Many' dan 'Same-Same Ori'













Ini satu lagi cerita Kak Ana nak sharelah sikit pengalaman memborong peralatan kek dan coklat di Guangzhaou. Membeli-belah dan memborong barang di sana kadang-kadang melucukan. Pekedai-pekedai China ni majoriti tak tau berbahasa Inggeris. Hanya dua perkataan saje yang mereka sering sebut iaitu : 'many-many' dan 'same-same ori'. Kalau nak beli satu mereka tak layan. Lalu mereka sebutlah 'many-many' maknanya sebagai pemborong Kak Ana kena beli paling minimum lima unit. Kalau kita tanya pulak kualiti atau ketulenan sesuatu produk tu, maka jawapan popular mereka ialah 'same-same ori' atau dengan kata lain hampir sama dengan produk yang original lah. 

Selain daripada tu, mesin calculator alat paling penting dan berkesan untuk tawar menawar. Contohnya, bila kita tanya harga mereka pun tekanlah calculator 100 yuen. Kak Ana pun tawar dan tekan 50 yuen. Dia geleng kepala dan tekan 90 yuen. Tekan balas tekan, Kak Ana pun tunjukkan isyarat nak belah. Selalunya, strategi ni berjaya untuk mendapatkan harga yang Kak Ana minta.

Sunday, March 28, 2010

Memborong Peralatan Kek dan Coklat di Guangzhao































Kak Ana ada jugak mengusahakan perniagaan borong barang-barang dari China. secara kecil-kecilan. Maklumlah barang-barang dari China harganya lebih murah dan banyak pilihan. Dah dua kali Kak Ana pergi ke Guangzhao untuk mencari barang-barang di sana seperti peralatan untuk membuat kek dan coklat. Yang terbaru Kak Ana pergi bulan Mac ni ikut pakej pemborong China yang dikendalikan oleh LV Travels & Tours. Ada lima lagi pemborong ikut bersama dalam pakej ini. Kali ni Kak Ana dah beli peralatan membuat kek dan coklat antaranya termasuklah : air brush; chocolate moulds; chocolate fountains; penimbang digital; tempat letak kek bertingkat dan sebagainya. InsyaAllah, barang-barang ni akan sampai melalui kargo lebih kurang awal bulan April nanti.
Bila dah sampai nanti Kak Ana akan masukkan dan promote dalam blog. Sesiapa yang berminat bolehlah order, ok !!!

Wednesday, March 17, 2010

Cup Cake Hantaran

















Kak Ana ada juga buat hadiah sebagai salah satu barang hantaran untuk majlis perkahwinan Hartini. Emak pengantin minta Kak Ana buatkan cup cakes. Sesuai dengan warna tema yang Hartini nak, cup cakes tu dihiasi dengan bunga ros warna pink dan purple. Cup cakes disusun dalam bekas kotak tertutup yang sudah dihias nampak kemas dan mudah dibawa oleh rombongan pengantin lelaki nanti.

Tuesday, March 16, 2010

Kek Kahwin Hartini



























































Anak buah Kak Ana, Hartini ni nak kek kahwinnya biar berkonsepkan ala-ala garden bertemakan bunga rose dan warna kesukaannya iaitu pink purple. Kak Ana pun buatlah kek yang sarat dengan bunga ros dan diapit sekelilingnya secara bertingkat oleh cup cakes.
Dengan hiasan bunga dan daun hidup, nampaklah suasana garden yang diidamkan Hartini tu. Alhamdullillah, majlis perkahwinan Hartini dan Farhan dah selamat dilangsungkan dengan sempurna dan lancar.

Friday, March 12, 2010

Cookies Coklat
































Kak Ana kalau free, rajin juga gatal-gatalkan tangan buat cookies coklat. Saje untuk menu minum petang atau pun jadikan makanan ringan sambil-sambil nonton tv dengan keluarga. Kawan-kawan yang datang beri 'short notice' atau secara mengejut, Kak Ana jamukan aje cookies ni. Nampaknya dia orang suka. InsyaAllah Kak Ana nak jadikan cookies coklat ni sebagai salah-satu kuih raya untuk dipromosi.

Saturday, March 6, 2010

Cup Cake
































Ramai orang minat warna purple. Ada kaitan dengan bunga lavender katanya. Anak buah Kak Ana yang nak kahwin di Melaka bulan Mac ni pun minta Kak Ana buat wedding dan cup cakes bertemakan warna ni. Kak Ana pun cuba-cubalah buat contoh. Lepas tu e-mailkan kat dia. Cup cake contoh ni pun Kak Ana sedekahkan kat jiran dan kawan-kawan bagi rasa. InsyaAllah dapat juga pahala.

Tuesday, March 2, 2010

Lolipop Coklat





Lolipop coklat pelbagai bentuk ni memang budak-budak suka. Majlis harijadi akan nampak lebih meriah dan kelas kalau dihidangkan juadah ni pada tetamu. Untuk makan-makan saje pun boleh sebagai menu harian.Harga rm2.00

Kek Fondant

















Kek Fondant ni Kak Ana buat untuk jiran nak buat hadiah sebagai barang hantaran untuk anak buah dia kahwin. Dia suruh hiaskan bunga warna kekuningan, warna favourite pengantin katanya.

Kek Hantran Anak Ustazah Naemah





















Anak sulong Ustazah Naemah tinggal kat Puchong Indah minta Kak Ana buatkan kek hantaran untuk majlis perkahwinannya. Maknya memang kawan baik Kak Ana, sama-sama bermarhaban seluruh taman kalau ada orang jemput. Kek hantaran hi agak simple sikit tapi menarik dengan gubahan bunga warna pink.

Cheese Tart

















Kak Ana biasanya buat cheese tart ni untuk majlis-majlis biasa. Ada juga yang order untuk hantaran. Yang ni Kak Ana buat bentuk perahu untuk hantaran kawan tinggal kat Puchong.

Kek Edible Image

















Kek Edible Image yang memaparkan pelbagai gambar,termasuk foto sendiri, ini menjadi kegemaran budak-budak terutama untuk menyambut harijadi. Imej edible yang Kak Ana letakkan di atas permukaan menjadikan kek ini nampak ceria dan menarik sesuai dengan majlis yang diadakan.